Mentega Golden Churn yang biasanya digunakan untuk membuat kek dan kuih telah
disahkan menggandungi dna babi.Mentega tersebut diimpot ke Malaysia kerana terdapat sijil halal diNew Zealand.
Pengarah Jabatan Agama Islam Johor,Elias Hassan menggesahkannya.

Menurut beliau,mereka telah mengambil contih produk tersebut untuk dihantar keJabatan Kimia Malaysia dan Jabatan tersebut telah pun menggesahkan bahawa produk tersebut memang menggandungi dna babi.
Menurut beliau lagi,produk tersebut daripada Australia tetapi pembungkusan nya dibuat di New Zealand.Disebabkan telah mendapat lampu hijau dari badan persijilan New Zealand,produk tersebut lalu diimpot ke Malaysia.Mentega tersebut dipercayai sudah 40 tahun berada dipasaran.
Mentega tersebut menjadi pilihan ramai untuk membuat kek kerana menyedapkan rasa dan membuatkan kek berbau harum.Mentega tersebut juga amat mudah didapati dipasaran.Persatuan Pengguna Islam [PPIM] menyatakan produk tersebut disahkan menggandungi dna babi sejak April lalu.PPIM juga menggesa agar sesuatu dilakukan segera bagi mengelak pengguna hilang kepercayaan terhadap pengiktirafan halal oleh Jakim.

